Wednesday, August 25, 2010

teori orienteering

orienteering ialah aktiviti membaca kompas berpandukan peta. peserta yang ingin melakukan aktiviti orienteering mestilah mahir dalam menggunakan kompas dan peta. ini kerana, jika salah cara boleh tersesat dan gagal menjumpai jalan yang ingin dicari.

dalam aktiviti orienteering. kami pada mulanya dikenalkan dengan beberapa barang dan alatan yang digunakan dalam aktiviti ini dalam kelas teori. dalam kelas teori kami belajar cara untuk membuat track atau check point menggunakan kompas untuk menentukan bearing, belajar kegunaan control card, control marker dan juga peta.

tamat kelas teori En. Hisham menyuruh kami untuk bersedia untuk amali orienteering yang akan dijalankan di kenanga untuk minggu yang akan datang.

pada hari amali orienteering tersebut, sebelum kami mula membuat checkpoint untuk kumpulan lain, kami di briefing sedikit oleh En.Hisham untuk mengelakkan kekeliruan yang mungkin timbul sewaktu aktiviti dijalankan.

kami kemudiannya dibahagikan kepada beberape kumpulan yang terdiri daripada 2 orang setiap kumpulan. kawasan untuk membuat checkpoint adalah disekitar kenanga. kami perlu menyiapkan lebih kurang 6 checkpoint dalam masa setengah jam.

sewaktu menyediakan track checkpoint. farhanin bertugas jadi 'tukang tembak' bearing dan aku jadi tukang kira jarak. nak kira jarak senang je, dua langkah sama dengan satu meter. kami pilih kawasan yang berbukit-bukit sikit, konon nya nak bagi nampak mencabar la sikit.

selesai kerja tembak-menembak bearing, kami pun pulang kat pangkal jalan(depan stor fsr) untuk melukis peta sebelum diserahkan kepada En.Hisham. kami berehat dalam lebih kurang beberapa minit kerana menunggu kawan-kawan yang lain menyiapkan track mereka.

selepas semua kumpulan siap aktiviti membuat track. kami pon tukar point antara satu sama lain. tujuan nya nak check samada kami boleh atau tidak baca kompas dengan betul ataupun nak tentukan samada kumpulan yang menyediakan track tersebut betul atau tidak tembak bearing dan tentukan jarak.

checkpoin pertama sampai ketiga kami dapat cari dengan agak mudah. masuk checkpoint keempat dan keatas, kami mula hadapi sedikit masalah apabila bearing yang diberi dan jarak yang ditentukan tidak berjaya bawa kami ke tempat checkpoint diletakkan. marah dan geram pada waktu itu sebab dah penat naik dan turun tangga.

pusing punya pusing akhirnya jumpa jugak dengan checkpoint yang kami cari.
sampai ke checkpoint terakhir iaitu checkpoint keenam. bearing yang dibagi rasa-rasa sudah betul tapi tak jumpa juga tempat yang dicari. dengan pertolongan group yang buat track ini kami jumpa juga dengan checkpoint terakhir. rupa-rupanya salah bagi jarak. hangin la sikit, tapi tak da hal la der. sama-sama tuntut ilmu kan??.

group kami bertukar track dengan group zami ngan mirul. kalau nak kate bukit kami tembak tu tinggi rase-rasenye bukit dorang tembak lagi tinggi kot. hahaha..ape-ape pon enjoy sangat dengan aktiviti ini sebab ajar kita untuk berdikari dalam menentukan arah tuju yang ingin dicapai. untuk myrul dan zami, kalau track yang kitorang buat bagi masalah dekat korang. susun sepuluh jari mohon maaf der..

sekian...~

First Aid


kotak first aid

ring pad atau donut



contoh balutan jika cedera di kepala




En. Hisham demo macam mana nk balut kepala yang cedera



Apa itu first aid?

sebelum belajar bab ni, yang aku tahu first aid tu mesti berkaitan dengan pertolongan cemas. Cemas ke tak cemas ke aku pon tak tahu sebab tak pernah hadapi lagi. lepas kelas first aid, aku dah tahu yang first aid sebenarnya adalah bantuan kecemasan pertama yang diberikan kepada mangsa sebelum bantuan tiba.
tujuan utama setiap first aider ialah untuk menyelamatkan nyawa mangsa, menghentikan pendarahan yang dialami oleh mangsa, membuat mangsa rasa seselesa mungkin sementara menunggu bantuan tiba.

siapakah mangsa?

mangsa boleh jadi siapa sahaja. sebabnya, kecederaan atau kemalangan boleh berlaku dimana-mana sahaja. sebagai contoh di atas padang, di tangah-tengah jalan raya, di dalam kelas dan mungkin juga di dalam rumah. Jadi setiap individu seharusnya mempunyai sedikit pengetahuan tentang pertolongan cemas untuk memudahkan kita membantu orang dalam kesusahan seperti kecerderaan dan kemalangan.

bagaimana hendak merawat luka?

sepatutunya sebagai individu, kita seharusnya mempunyai peti pertolongan cemas, tapi mempunyai peti pertolongan cemas tanpa pengetahuan tentang pertolongan cemas pon tak ada gunanya kan.

kalau ikut mak-mak kita dulu, luka jauth ke, terhiris jari ke, taruk je minyak gamat pastu biar kering. tapi sebenarnya cara tersebut boleh datangkan komplikasi macam alahan.

kalau ikut cara yang betul, luka harus dirawat bermula dengan mencuci bahagian luka tersebut mengunakan air, menyapukan antiseptik dan kemudiannya membalut luka tersebut unuk mengelakkan infection.

tapi, kalau luka yang dialami tu besar, balut luka tersebut dengan menggunakan bandage kemudian bawa ke hospital untuk tindakan lanjut. selalunya luka-luka yang besar ni datangnya dari kemalangan.

first aid sebenarnya bukanlah terhad kepada cara mencuci luka, dalam pertolongan cemas kita juga mesti tahu cara hendak menggunakan anduh. anduh boleh digunakan dalam menutup luka dikepala, tangan dan kaki selain daripada menyokong tangan yang patah atau bahu yang dislocate.

kelas first aid banyak mengajar cara-cara untuk membantu menyelamatkan mangsa, rawatan awal dan rawatan kecerderaan kecil..sekian..

Saturday, August 21, 2010

campcraft


proses pasang, tagging, periksa khemah

bentang fly sheet untuk pastikan tak bocor

khemah dah siap..tapi senget..lepas betulkan dia nye ok..

aktiviti memasang khemah

berkumpul di khemah utama selepas aktiviti campcraft

sewaktu memasang khemah utama


bila sebut pasal campcraft..semua akan fikir tentang dirikan khemah, antaranya khemah tidur, khemah masak, khemah paralatan, khemah generator.
memang betul.tapi khemah-khemah ni semua bukan boleh main buat je..sebab kita kene consider arah dulu benda-benda asas dari banyak aspek. contohnya,arah mata angin.

-arah mata angin ni penting sebab kita akan dirikan khemah, kalau kite lawan arah mata angin, ada kemungkinan untuk khemah kita diterbangkan oleh angin bila berlaku ribut.

yang keduanya, arah aliran sungai.
-jika kita berkhemah di tepi sungai..kita mesti mengetahui arah aliran nya. kita juga kene mengetahui paras tertinggi air sungai bila air pasang datang. takut-takut paras air sungai tersebut mampu untuk menghanyutkan khemah kita dan mungkin juga kita. kita mesti mengambil kire arah aliran sungai bila kita ingin membuat tandas. tandas mesti la berada di bahagian paling bawah sekali dalam susunan..sebagai contoh, khemah masakan di bahagian paling atas, di tengah adalah khemah tido da yang paling bawah adalah tandas.

bila mendirikan khemah,terutama nya apabila berkhemah dalam kumpulan yang besar dimana kita mesti ada khemah utama, khemah peralatan, khemah masakan dan juga khemah tidur. kita mesti mempunyai layout untuk memastikan khemah2 ini didirikan mengikut aliran yang baik. dimana khemah utama tidak diganggu oleh khemah memasak, khemah tidur. khemah memasak pula berdekatan dengan sumber air, dan khemah generator pula tidak terlalu hampir dengan khemah utama untuk mengelakkan buyi bising.

banyak pekara kene amik tahu sebelum khemah-khemah ini didirikkan. tapi macam-macam mana sekalipun.jika kita berkerja dalam kumpulan. semuanya akan jad senang. sebabnya, dalam berkhemah atau menjalani aktiviti luar,kita mesti mempunyai kerjasama di antara satu sama lain.

Friday, August 20, 2010

knotting











knotting atau ikatan adalah antara pelajaran paling awal aku belaja dekat dalam kelas outdoor. ikatan terbahagi kepada beberapa jenis.
antaranya:
1. reef knot
2. sheet band
3. double sheet band
4. bowline
5. clove hitch
6. figure eight
7. figure eight loop
8. figure eight double loop
9. butterfly knot
10. fisherman knot
11 double fisherman knot


dalam knoting ade 3 aspek yg harus kita ketahui antaranye:
1. senang untuk diikat
2. sentiasa ketat
3. dan juga senang untuk dibuka.


sebelum blaja pasal knotting ni main hentam je bab ikat mengikat ni.sekarang ni tak payah citer r..dah aplikasi pon dalam hidup..memang best..jadi nye kitorang akan buat revision tiap kali guna ikatan-ikatan yang da di ajar ni dalam kehidupan.