Wednesday, August 25, 2010

teori orienteering

orienteering ialah aktiviti membaca kompas berpandukan peta. peserta yang ingin melakukan aktiviti orienteering mestilah mahir dalam menggunakan kompas dan peta. ini kerana, jika salah cara boleh tersesat dan gagal menjumpai jalan yang ingin dicari.

dalam aktiviti orienteering. kami pada mulanya dikenalkan dengan beberapa barang dan alatan yang digunakan dalam aktiviti ini dalam kelas teori. dalam kelas teori kami belajar cara untuk membuat track atau check point menggunakan kompas untuk menentukan bearing, belajar kegunaan control card, control marker dan juga peta.

tamat kelas teori En. Hisham menyuruh kami untuk bersedia untuk amali orienteering yang akan dijalankan di kenanga untuk minggu yang akan datang.

pada hari amali orienteering tersebut, sebelum kami mula membuat checkpoint untuk kumpulan lain, kami di briefing sedikit oleh En.Hisham untuk mengelakkan kekeliruan yang mungkin timbul sewaktu aktiviti dijalankan.

kami kemudiannya dibahagikan kepada beberape kumpulan yang terdiri daripada 2 orang setiap kumpulan. kawasan untuk membuat checkpoint adalah disekitar kenanga. kami perlu menyiapkan lebih kurang 6 checkpoint dalam masa setengah jam.

sewaktu menyediakan track checkpoint. farhanin bertugas jadi 'tukang tembak' bearing dan aku jadi tukang kira jarak. nak kira jarak senang je, dua langkah sama dengan satu meter. kami pilih kawasan yang berbukit-bukit sikit, konon nya nak bagi nampak mencabar la sikit.

selesai kerja tembak-menembak bearing, kami pun pulang kat pangkal jalan(depan stor fsr) untuk melukis peta sebelum diserahkan kepada En.Hisham. kami berehat dalam lebih kurang beberapa minit kerana menunggu kawan-kawan yang lain menyiapkan track mereka.

selepas semua kumpulan siap aktiviti membuat track. kami pon tukar point antara satu sama lain. tujuan nya nak check samada kami boleh atau tidak baca kompas dengan betul ataupun nak tentukan samada kumpulan yang menyediakan track tersebut betul atau tidak tembak bearing dan tentukan jarak.

checkpoin pertama sampai ketiga kami dapat cari dengan agak mudah. masuk checkpoint keempat dan keatas, kami mula hadapi sedikit masalah apabila bearing yang diberi dan jarak yang ditentukan tidak berjaya bawa kami ke tempat checkpoint diletakkan. marah dan geram pada waktu itu sebab dah penat naik dan turun tangga.

pusing punya pusing akhirnya jumpa jugak dengan checkpoint yang kami cari.
sampai ke checkpoint terakhir iaitu checkpoint keenam. bearing yang dibagi rasa-rasa sudah betul tapi tak jumpa juga tempat yang dicari. dengan pertolongan group yang buat track ini kami jumpa juga dengan checkpoint terakhir. rupa-rupanya salah bagi jarak. hangin la sikit, tapi tak da hal la der. sama-sama tuntut ilmu kan??.

group kami bertukar track dengan group zami ngan mirul. kalau nak kate bukit kami tembak tu tinggi rase-rasenye bukit dorang tembak lagi tinggi kot. hahaha..ape-ape pon enjoy sangat dengan aktiviti ini sebab ajar kita untuk berdikari dalam menentukan arah tuju yang ingin dicapai. untuk myrul dan zami, kalau track yang kitorang buat bagi masalah dekat korang. susun sepuluh jari mohon maaf der..

sekian...~

No comments:

Post a Comment