aktiviti perkhemahan amali satu asas perkhemahan yang telah dijalankan di bukit cerakah adalah salah satu amali wajib untuk dihadiri. 3 hari 2 malam memang rasa sekejap. tetapi apabila masuk saje dekat kawasan bukit cerakah dan bersiap sedia untuk aktiviti kraf perkhemahan aku dapat rasakan aktiviti ini akan terasa panjang dan waktu yang berlalu akan berjalan dengan sangat lambat.
sebelum aktiviti yang telah ditetapkan dijalankan aktiviti kraf perkhemahan mesti disiapkan sebelum waktu malam, jika tidak bergelap dan tiada kawasan berlindung la jawabnya. kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan kerja untuk memudahkan aktiviti ini dan memendekkan masa yang diperlukan untuk menyiapkan khemah-khemah wajib seperti khemah pusat, khemah peralatan, khemah masak, khemak sakit, khemah generator dan juga khemah penempatan. masa yang diberikan terasa amat singkat kerana kami masing-masing tidak mempunyai pengalaman yang banyak dalam aktiviti kraf perkhemahan. mujur masing-masing telah mempunyai asas dalam ikatan yang di ajar pada awal pembelajaran. ini kerana ikatan merupakan asas dalam memastikan khemah-khemah yang dibuat berada dalam keadaan kukuh.
kumpulan aku menyiapkan khemah masakan memandangkan kami adalah kumpulan pertama yang dipertanggungjawabkan unutk memasak makan malam. memang agak kelam kabut kerana kami perlu menyiapkan bahan mentah dan khemah masak pada masa yang sama. jadi kami membuat keputusan bahawa peserta lelaki menyiapkan khemah manakala peserta perempuan menyiapkan bahan masakan. aku pula merangka kawasan dalam khemah masakan untuk menentukan kedudukan dapur, bahan masakan dan sebagainya. ini untuk memastikan aliran keluar masuk dan pekerjaan yang dilakukan tidak akan mengundang bahaya kepada peserta-peserta yang bertugas nanti. selesai khemak masak dibuat, kami pun mula memasak makan malam. menu malam itu ialah nasi putih lauk ayam paprik dan air sirap.
selepas makan malam, solat maghrib dan solat isyak, kami berkumpul di gelanggang pasir untuk aktiviti ice breaking. aktiviti ini mengambil masa yang lama kerana kuantiti kami yang agak ramai iaitu seramai 89 orang. aktiviti ini kemudiannya di sambung dengan aktiviti ikatan dan balutan(bandage). memandangkan sebahagian besar daripada kami sudah mempelajari cara ikatan tersebut maka kami dapat melakukan aktiviti tersebut dengan mudah dan dapat juga sedikit sebanyak membantu rakan-rakan yang lain. semua aktiviti tamat dalam pukul 4 pagi. selepas itu semua peserta masuk kedalam khemah masing-masing untuk berehat dan bersedia untuk aktiviti pagi.
selepas solat subuh, kami menjalankan aktiviti malaysia cergas sebelum bersarapan pagi. selepas bersarapan pagi, kami menjalankan aktiviti mengikut kumpulan yang diberi. kumpulan aku pada pagi itu ialah blind trail. kami merupakan kumpulan pertama yang menjalankan aktiviti ini. sebelum aktiviti ini dijalankan kami disuruh mencari daun sebesar tapak tangan untuk menutup mata. selepas mata kami diikat dengan kain beralaskan daun. kami disuruh memegang tangan diantara satu sama lain dan dibawa berjalan sebelum kami di pisah-pisahkan. kami disuruh mengikut segala arahan yang diberi dan sewaktu aktiviti ini dijalankan kami diminta supaya memgang tali dan ikut kemana tali itu pergi sehingga sampai kehujung.
sewaktu melakukan aktiviti ini aku dapat rasakan bahawa aku telah masuk kedalam kawasan berlumpur dan juga berair. aku juga dapat kene merangkak kedalam terowong kecil. dalam hati berkata, pergh jalan ape la yang dorang bagi dekat aku ni, habis sangkut kasut ape sume. sewaktu aktiviti ini juga aku ada jatuh terlanggar akar pokok, lutut berlaga dengan batu, kepala tersangkut ranting. macam-macam. jalan punya jalan akhirnya sampai kehujung. aku kemudiannya ditempatkan dikawasan yang agak kering. selepas beberapa ketika ada seorang akak fasi datang dan bertanyakan beberapa soalan kepada aku. lepas dia tanya soalan aku rasa macam dicurahkan sesuatu. diamkan ajalah ingatkan air. selepas itu kami dibawa kesuatu kawasan yang berair. kami kemudiannya disuruh buka ikatan mata kami dan selepas beberapa ketika baru mata kami. selepas itu kami disuruh untuk lihat sesama sendiri. terkejutnya kami apabila dapat tahu satu badan kami penuh dengan lumpur. En.Hisham ada disitu bersama En.Shariman, mereka manyatakan sebab aktiviti ini dijalankan, aktiviti ini adalah untuk memberi kesedaran kepada kita bahawa kita perlu bersyukur dengan apa yang kita ada seperti deria penglihatan. kerana bagi insan yang tiada deria ini mungkin akan mengalami keadaan seperti apa yang baru kita lalui. selepas sedikit briefing diberi kami dibawa balik untuk menjalankan aktiviti seterusnya.
management game adalah aktiviti yang kami lakukan selepas blind trail, walaupun kotor dan basah kami tetap semangat melakukan aktiviti tersebut. antara aktiviti yang dilakukan ialah traffic jam dan toxic waste. memang seronok selepas melakukan aktiviti yang menguji kesabaran dan daya tahan kami. selepas aktiviti management game ini tamat, kami pulang ke tapak perkhemahan untuk makan tengah hari.
selepas makan tengah hari dan solat zohor, kami masing-masing kembali melakukan aktiviti yang telah ditetapkan. aktiviti kami pada petang itu ialah kraf perkhemahan. pada waktu ini kami bergilir-gilir pergi membersihkan badan dan menukar pakaian kerana aktiviti kraf perkhemahan ini memerlukan kami menyiapkan minum petang jadi kami perlu bersih sebelum menyediakannya. antara perkara yang kami lakukan sewaktu aktiviti kraf perkhemahan ialah membuat longkang di setiap khemah-khemah untuk memudahkan pengaliran air sewaktu hujan, memastikan pewayaran lampu berada dalam keadaan baik dalam memastikan kawasan perkhemahan kami tidak akan bergelap pada waktu malam nanti dan juga menyiapkan minum petang.
selepas makan malam dan solat berjemaah maghrib dan isyak, kami semua beratur mengikut kumpulan. malam ini aktiviti kami ialah nite walk. aktiviti ini bermula apabila kami semua menyerahkan lampu suluh dan memakai pfd. kami kemudiannya berjalan mengikut fasilitator ke suatu tempat sebelum dilepaskan berjalan seorang demi seorang. sewaktu tiba ke lokasi, kami disuruh baring dan tidur. yang aku ingat selepas 5 minit baring hampir semua peserta berdengkur keletihan. aku pon turut sama terlena. selepas beberapa ketika aku dikejutkan oleh fasi yang bertugas dn diarahkan berjalan mengikut jalan bertar sahaja. waktu itu orang disebelah kiri ku sudah tiada tinggal dibelah kanan dan beberapa kumpulan sahaja. mula-mula selmba je aku jalan. bila da masuk kedalam sikit mula aku rasa lain macam sebab aku nampak ada beberapa lembaga. bila lalu kawasan tersebut aku terus sebut password yang diberi "busut". asal nampak benda yang lain macam je aku bagi password sampai dekat satu kawasan tu agak gelap. jalan punya jalan aku nyaris menjerit bila terdengar macam ada benda jatuh toleh kiri rupa-rupanya ada fasi yang menyorok dibalik pokok tu tergelincir kot. terus aku bagi password die pon jawab la sebab da kantoi. hati pon sikit senang. aku meneruskan perjalanan sampai dekat kawasan pondok tu aku dengar macam-macam bunyi. berderau darah aku. aku diam je sampai ada seorang fasi bagi password dekat aku dan aku jawab "jantan". die tanya kenapa aku tak bagi password bila dengar bunyi tu aku diam jela sebab time tu tuhan je tau terkejut gila aku bila papan tu jatuh. nasib tak cabut lari je. lepas tu aku diarahkan untuk belok kekanan mengarah ke amphitheatre. sampai-sampai je kesana aku diarahkan unutk mengira berapa orang ada untuk memastikan aku orang yang betul angka nya. selepas itu aku diarahkan tidur di kawasan itu di bahgian mana-mana yang aku rasakan selesa. tidur punya tidur sampai dikejut fasi menyatakan dah masuk waktu subuh.
selepas solat subuh, kami melakukan malaysia cergas macam biasa tetapi pagi ini kami dibahagikan kepada dua kumpulan besar kerana malaysia cergas pagi ini melibatkan aktiviti skipping dan juga sedikit games untuk memanaskan badan. selepas selesai aktiviti malaysia cergas kami berkumpul untuk aktiviti post moterm. aktiviti ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman yang dilalui oleh para peserta dan sebab aktiviti seumpama itu dijalankan. selepas itu kami semua bersarapan pagi.
selepas bersarapan pagi, kumpulan kami mengadakan aktiviti orienteering, aktiviti ini dijalankan disekitar kawasan perkhemhan. aktiviti ini bertujuan untuk mengajar para peserta membaca kompas dan menentukan arah yang dituju dengan lebih tepat. kami digalakkan menggunakan kreativi yang ada untuk menandakan tempat yang kami tembak menggunakan kompas dalam menetukan bearing ataupun arah. selepas selesai aktiviti tersebut, kami berkumpul disuatu tempat untuk briefing selepas aktiviti selesai. kami merupakan kumpulan yang terakhir membuat aktiviti tersebut.
selepas aktiviti orienteering selesai kami semua berkumpul ditapak campsite dan lapor diri pada camp commander yang bertugas. selepas itu kami beratur sambil menunggu kumpulan lain selesai melakukan aktiviti. selepas semua orang berkumpul kami di briefing oleh En.Shariman dan En. Azizul sebelum aktiviti mengemas tapak perkhemahan bermula.
aktiviti mengemas tapak perkhemahan dijalankan sebelum makan tengah hari, kami diberi masa lebih kurang 2 jam unutk menyiapkan tugasan berikut. selepas selesai, kami mengangkat semua barang-barang tersebut kedalam lori dan berkumpul semula di tapak perkhemahan. selepas itu kami semua makan tengah hari yang diberi masa sebanyak 30 minit. selepas itu kami semua berkumpul unutk aktiviti menangkap gambar. selepas aktiviti menangkap gambar selesai kami semua bergerak ke bas masing dan pulang ke uitm shah alam untuk memunggah barang yang perlu. selepas itu kami semua bersalaman antara satu sama lain dan pulang ke kampus masing-masing.
No comments:
Post a Comment